Apa Masalah Hasil Ternakan dan Pertanian Masa Kini?
Bagaimana nak menulis tentang Testimoni Shaklee saya?
Beginilah, cerita bermula sejak kecil lagi ibu dan ayah saya sudah membesarkan kami adik beradik dengan makanan tambahan atau supplement. Bayangkan pada zaman 1980an itu, ketika konsep supplement ini tersangatlah asing dalam negara kita, tetapi ibu bapa saya sudah merintis hidup berkenaan pemakanan tambahan.
Ayah saya seorang peminat bidang pertanian, manakala ibu saya seorang guru sains. Melalui ilmu yang mereka pelajari, mereka mengetahui bahawa zat dan nutrien dalam produk pertanian dan penternakan adalah semakin merudum setiap kali musim berganti.
Sudahlah dituai terlalu awal daripada tempoh matang (tanaman tidak dapat serap zat maksima daripada air dan tanah), sebaik sahaja tanaman dituai, zat akan teroksida semasa prosess pengangkutan dalam lori, pembungkusan di kilang, terdedah dengan haba di pasar, terbiar kering di rak pasar raya, tertunggu lama di dalam peti sejuk rumah kita.. dan akhirnya barulah kita dapat masak dan ‘menikmati’ makanan di atas meja.
Ternakan pula di’gemukkan’ dengan makanan sintetik dan dedak berbanding makan rumput di padang yang hijau dan segar. Ayam ternakan komersil boleh disembelih seawal 45 hari selepas menetas dari telur, berbanding 3-6 bulan pada zaman dahulu. Ternyata ternakan yang kita makan dan hadam tidak boleh memberikan zat maksimam yang sepatutnya tubuh badan kita dapat untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Pengguna Supplemen Sejak Usia 2 tahun
Dengan kesedaran itu, ibu dan ayah saya sudah memberikan kami supplement untuk menampung kelompongan zat nutrisi yang tidak kami dapat secara mencukupi melalui makanan sahaja. Mereka amat konsisten dengan lifestyle ini dan alhamdulillah mereka masih sihat dan segar pada usia 70an, dan kelihatan lebih cergas dan awet muda berbanding adik-adik mereka sendiri (pakcik-pakcik & makcik-makcik saya).
Dahulu sebelum berjumpa Shaklee, kami sekeluarga hanya membeli supplement daripada farmasi. Semasa saya bersekolah asrama, saya menggunakan wang saku yang ibu ayah berikan, untuk membeli multivitamin. Saya percaya bahawa dengan pengamalan pemakanan tambahan ini, saya kurang berasa mengantuk di dalam kelas, semasa prep dan perhimpunan, berbanding dengan rakan-rakan lain yang selalu lesu menjalani kehidupan asrama penuh yang mencabar.
Selepas Berjumpa Shaklee (Testimoni)
Selepas berjumpa Shaklee, alhamdulillah, tahap kesihatan dan kualiti kehidupan saya sekeluarga menjadi lebih baik. Shaklee memberikan pilihan pemakanan tambahan yang lebih berkualiti berbanding produk lain dipasaran farmasi dan pasaran lokal. 100,000 ujian keselamatan dijalankan pada setiap peringkat penghasilan produk, disamping ujian penggunaan jangkamasa lama yang Shaklee jalankan, memberikan lebih keyakinan kepada saya mengapa saya perlu pilih Shaklee berbanding produk di farmasi atau jenama lain.
Keadaan ekzema yang saya deritai selama 30 tahun bertambah baik, penyakit alergi keturunan hampir tidak dialami oleh anak-anak saya, dan saya boleh berikan supplement terbaik kepada mak ayah saya sepertimana mereka berikan yang terbaik untuk saya semasa kecil dahulu.
Membina Legasi Untuk Anak-anak
Saya seorang ibu yang bekerja sepenuh masa, mempunyai 5 orang anak dan 3 daripadanya adalah anak-anak berkeperluan khas. Walaupun mempunyai kerjaya yang stabil dalam industri minyak dan gas, tetapi ia tidak menjamin kebajikan dan kesihatan keluarga saya jika sesuatu berlaku kepada saya. Saya bersyukur diberi peluang menjalankan perniagaan Shaklee yang boleh menjadi legasi untuk diwarisi oleh keluarga saya pada satu hari nanti.
Sebelum membina perniagaan Shaklee, saya menceburi pelbagai perniagaan online termasuklah menjual pakaian bayi, telekung, minyak wangi, makanan dan minuman. Saya juga menyertai syarikat network marketing yang ditutup selepas 7 tahun melabur dalam membina organisasi saya. Secara keseluruhannya, berdasarkan pengalaman terbabit dalam bidang perniagaan, bagi saya Shaklee paling menyerlah berbanding yang lain.
Testimoni: Shaklee Perniagaan Yang Terbaik Untuk Saya
Hakikatnya, Shaklee adalah perniagaan terbaik untuk saya. Ia fleksibel, membolehkan saya membina perniagaan mengikut terma saya sendiri dan ia terbukti berjaya! Dalam bulan pertama menyertai Shaklee, saya berjaya memperoleh bonus RM2800. Saya tahu, saya boleh pergi jauh dengan Shaklee jika berusaha bersungguh-sungguh.
Saya ucapkan terima kasih kepada suami, Mohammad Sayuti Azmi, ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa memberikan kasih sayang dan sokongan mereka sepanjang perjalanan Shaklee saya ini. Beliau juga ada Testimoni Shaklee menarik yang akan saya kongsikan pada entry akan datang.
Terima Kasih Teman Teman
Kepada para upline saya, Master Coordinator Siti Salwa Zainal Abidin & Ithnin Ngadiman, Master Coordinator Siti Nurazlina Noh & Zainul Anuar Samni, Master Coordinator Norita Mohd Idris & Muhammad Naquib Hj Hussain dan Master Coordinator Hj. Mohd Roslan Ghazali & Faezah Ismail, terima kasih atas panduan dan bimbingan anda. Saya terhutang budi kepada setiap orang yang berkongsi ilmu dan kemahiran untuk menjadi saya Pemimpin Perniagaan Shaklee yang bagus.
Kepada anak-anak dan semua anggota kumpulan saya yang hebat, ingatlah bahawa setiap daripada kita adalah ciptaan Allah yang terbaik, jadi gunakan kekuatan anda untuk menjadi versi diri sendiri yang terbaik juga. Marilah kita VACUs bersama-sama!
One thought on “Testimoni Shaklee Saya – Produk & Perniagaan”