THERINA PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM Uncategorized 5 Doa Yang Bagus Untuk wanita Amalkan Semasa Mencari Rezeki

5 Doa Yang Bagus Untuk wanita Amalkan Semasa Mencari Rezeki

Doa yang Bagus Untuk wanita Amalkan

Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, disebabkan oleh wabak COVID-19 yang masih belum pulih, semua orang sedang menghadapi ujian besar pada tahun ini.

Ada yang kehilangan punca pendapatan dan sedang mencari pekerjaan baru mengikut kemahiran yang ada. Soal rezeki dan kestabilan kewangan menjadi tumpuan utama ramai orang pada masa ini.

Walaupun usaha gigih memainkan peranan penting, namun bergantung pada Allah juga memegang peranan yang besar kerana rezeki datangnya dari-Nya. Oleh itu, semasa kita berusaha, jangan lupakan untuk berdoa.

Doa mempunyai kekuatan untuk memberi kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi cabaran. Jangan abaikan amalan berdoa, terutamanya dalam memohon rezeki yang berlimpah dan mencukupi.

Ada 5 doa yang bagus untuk wanita amalkan untuk memohon rezeki adalah:

1. Doa berlindung dari kemiskinan

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْقِلَّةِ وَالذِّلَّةِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kefakiran, kemiskinan, kehinaan dan aku berlindung kepadaMu jangan sampai aku menzalimi atau dizalimi.” (HR Ahmad, no. 8053)

2. Doa meminta kecukupan rezeki

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَىْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَىْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَىْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Maksud: “Ya Allah, tuhan yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkaulah yang awal, sebelumMu tiada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tiada sesuatu. Engkaulah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkaulah yang batin, tidak ada sesuatu yang luput dariMu. Lunasilah hutang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR Muslim, no. 2713)

3. Doa meminta rezeki yang halal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksud: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR Ibnu Majah, no. 925. Disahihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Tahir)

4. Doa dijauhkan dari harta haram

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksud: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari bergantung pada selainMu.” (HR Tirmizi, no. 3563)

5. Doa perbanyakkan harta

اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي

Maksud: “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anakku serta berkatilah kurnia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan padaMu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.” (HR Bukhari, no. 1982)

Doa yang bagus untuk wanita amalkan semasa mencari rezeki yang bersih, halal dan diberkati serta melimpah ruah.

One thought on “5 Doa Yang Bagus Untuk wanita Amalkan Semasa Mencari Rezeki”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post