Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent fasting merupakan kaedah diet yang menyulamkan waktu makan dengan waktu berpuasa. Untuk umat Islam, anda sebenarnya sudahpun mengamalkan kaedah diet ini pada bulan Ramadhan setiap tahun, kecuali ada sedikit perbezaan Intermittent Fasting dengan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Semasa Intermittent Fasting atau IF, anda dibenarkan minum air kosong atau minuman tanpa kalori sepanjang waktu berpuasa. Berbanding puasa Ramadhan, puasa akan terbatal sekiranya kita minum air pada waktu siang hari. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan makan anda boleh membantu badan anda membakar lemak dengan lebih cepat. Objektif terulung IF ialah memastikan waktu jam berpuasa adalah selama yang mungkin berbanding waktu jam berbuka puasa, contohnya 12 jam berpuasa + 12 jam berbuka, atau 16 jan berpuasa + 8 jam berbuka, atau 24 jam berpuasa + sekali makan sahaja.
Menu diet intermittent fasting

Menu diet IF #1 – Air kosong
Perbezaan utama antara puasa Ramadan biasa dan diet IF ialah kita tidak boleh makan, tetapi kita boleh minum semasa berpuasa, terutamanya air kosong. Amat pentingnya minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana badan memerlukan air semasa berpuasa. Minum sekurang-kurangnya 8-13 gelas air kosong setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi. Menu diet IF #2 - Teh hijau atau minuman zero kalorie Sebagai alternatif air kosong, anda juga mungkin boleh ambil teh hijau atau apa jua minuman zero calories untuk menahan atau mengawal rasa lapar. Minuman begini biasanya amat tinggi dengan kandungan epigallocatechin gallate yang sangat penting untuk meningkatkan penghasilan dan perembesan hormon cholecystokinin untuk menghantar isyarat kenyang daripada tubuh badan ke otak. Bukan itu sahaja, teh hijau juga dipercayai mampu membantu dalam membakar lemak dengan lebih cepat dan kesannya ia boleh menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Menu diet IF #3 – Tinggi protein
Ketika berpuasa IF, amat penting untuk kita mengambil makanan yang mencukupi terutamanya yang berprotein tinggi untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita terpelihara. Apabila kekurangan protein, tubuh akan mengalami penyusutan ketumpatan otot, yang boleh menjadikan anda lebih kurus, tetapi dengan cara yang tidak sihat. Jadi sila makan lebih protein ketika anda tidak berpuasa. Anda dinasihatkan juga untuk mendapatkan protein daripada sumber seperti daging merah, daging putih, produk tenusu, telur atau makanan tambahan lain bagi memastikan keperluan protein badan anda mencukupi.
Jadual diet
1. 12:12 – 12 jam berpuasa + 12 jam berbuka
2. 16:8 – 16 jam berpuasa + 8 jam berbuka
3. 20:4 – 20 jam berpuasa + 4 jam berbuka
4. 23:1 – 23 jam berpuasa + 1 jam berbuka

Cara IF yang betul
Sekiranya anda buat diet IF 12: 12, anda akan mula berpuasa contohnya pada jam 8 malam hingga 8 pagi keesokan harinya. Selepas jam 8 pagi anda boleh makan seperti biasa mengikut garis panduan makanan IF yang dibenarkan. Saksikan disini bahawa sepanjang waktu anda tidur dan tidak makan, jangkamasa ini masih dikira sebagai waktu anda berpuasa.
Sekiranya anda buat diet IF 23:1, anda akan mula contohnya pada jam 8 pagi hari ini sehingga 7 pagi hari esoknya. Pada jam 7 hingga 8 pagi, anda dibenarkan makan.
Diet IF turun berapa kilogram?
Jika dilakukan dengan displin, kamu boleh turun berat badan sehingga lima hingga tujuh kilogram dalam masa dua minggu
Berikut adalah testimoni peserta diet IF

Pengalaman diet IF
Boleh baca dekat sini untuk cerita pengalaman orang yang dah berjaya turun berat badan dengan kaedah diet Intermittent Fasting
\
2 thoughts on “IF Diet: Cara Buat Intermittent Fasting Yang Betul”